BACHOK: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Husam Musa sah tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di Kelantan.
Pengerusi PH Kelantan, Muhammad Hussin berkata, tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat.
"Desas desus bahawa Husam akan bertanding di luar Kelantan adalah benar. Ini merupakan strategi parti dan bukannya kerana kita tiada kekuatan untuk bertanding seperti yang didakwa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bendera PH Peringkat Negeri Kelantan pada Rabu.
PH pada Rabu mengumumkan tujuh calonnya akan bertanding bagi kerusi Parlimen parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Omar Nik Aziz yang akan bertanding di Parlimen Perak.
Husam yang juga Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan calon tunggal PH bagi kerusi Parlimen negeri ini yang tidak hilang wang pertaruhan pada PRU14 lalu selain memberi saingan sengit kepada calon Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Dalam pada itu Muhammad Hussin berkata, PH Kelantan telah menetapkan 30 peratus calon wanita parti itu akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kelantan dalam PRU15.
Katanya, tiga calon wanita itu ialah Ketua Wanita PH negeri, Nur Azmiza Mamat akan bertanding bagi kerusi Parlimen Bachok; Timbalan Ketua Wanita PH, Doktor Hafizdah Mustakim di Parlimen Kota Bharu manakala Timbalan Ketua Angkatan Amanah Negara (AWAN) Nik Faizah Othman di Parlimen Pengkalan Chepa.
Muhammad Hussin turut melahirkan keyakinan PH Kelantan akan memberi saingan sengit dalam PRU15.
"Kita yakin rakyat sedang menantikan parti baharu untuk mentadbir negeri ini kerana mereka telah mengundi Pas dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
"Mereka telah melihat dan merasai sejauh mana parti-parti tersebut memberi manfaat kepada mereka dan negeri ini. Kali ini mereka mempunyai pilihan ketiga untuk diundi," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 26 2022
Muhammad Hussin berkata, tindakan tersebut adalah salah satu strategi parti yang telah ditentukan pimpinan di peringkat pusat. - Foto fail/Astro AWANI
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.